What else can be busier than these two blocks uh? Assignment di sana, assignment di sini, tidur lewat sana, tidur lewat sini, tersengguk sana, tersengguk sini, haihhh, macam2 lagi laaa simptom2 tak cukup rehat yang melanda diri ini. Hari tu skype dgn big boss, pastu mengeluh banyak benda kena study untuk lab semalam. Maka kena sebijik dari ayahanda terchentaa, kalau kerja bukan belajar, bukanlah namanya pelajar kann. Ini baru second year, rasanya ke'busy'an tu memang akan bertambah-tambah ke depan nanti. haihhh..parah buangett..
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
Al Ma'arij (70) : 19
Err, sentap di situ. Ni lah perangai yang susah sikit nak control kan? Ya saya akui, kadang tu tak tersedar pun kita sedang mengeluh, gara2 terbiasa.. Kalau tetiba hari tu sangatlah panas bagai dipanggang api, mulalah kita mengeluh. Kalau terlalu sejuk mengalahkan peti ais pun mengeluh jugak. Memang tepat sekali lah apa yang Allah cakap tu.. Kita selalu terlupa untuk bersyukur. Astaghfirullah.. Hmm, so,, sila jangan banyak mengeluh ya teman-teman sekalian. :)
Rasa pelik yang teramat bila tinggal sendiri dalam rumah yg lumayan beso malam tadi. Ada yang balik msia, ada yang pergi bercuti, ada yang keluar study. Dengan ditemani bunyi kipas serta tisu dan obat-obatan, terpaksa duduk dalam bilik, memang tak larat dah nak keluar lagiii... Stok ATP dah habis. Lagipun, Allah kan ada :) Sangatlah tidak nyaman bila hidung asek berair, mata terasa panas dan batuk tak henti-henti. haihh. Tengok tu, mengeluh lagii.. haihh.. okay stop. :|
Sepanjang saya tak menghapdet blog ni, memang baaaaaanyakk sangat benda yang berlaku. Tapi tidak mengapa, tak penting pun, it's more to personal thingy. Allah uji dengan kesusahan and kesenangan. Dan bagi saya sendiri, bila Allah uji dengan kesenangan tu lah yang saya sangat takut. Takut terlalai dengan segala nikmat dunia dan lupa untuk bersyukur pada-Nya. Kan fatal sekali itu! *baca slang indonesia* Terima kasih ya Allah.. Semoga segala nikmat yang Kau berikan dimanfaatkan untuk sentiasa tsabat di jalanMu..ameen.
Oh ya, few weeks ago, I have a new boyfie. Ehehe jangan jelly. Nama dia,, errrr, ada konflik sedikit, nama tetap tu xda g. Ada yang panggil ah meng, siomay laa, budin laa, tapi saya suka panggil dia ah loyy.. ngehehe. Ce teka apa benda.. Ok lambatt~ ni haaa...
![]() |
| weeee~ actually ni kucing kak long jgk. kami share. tomel kann?? :D |
Hurmm.. rasa sgt tidak produktif la pulak, i need to take a rest for a while. My body is rebelling. Weak. Apa2 pun, semoga kita sentiasa jadi hamba yang bersyukur and tidak mengeluh yaaa. And i hope that i can get well soon, so that i can do things proactively, for Allah sake. Doakan? :)
p/s: i know i'm on my way to become a doctor but sadly, i really hate taking medicine especially pills. Urrghh.











